Siapa minah ini? Nama minah ini ialah MINA, beliau sangat suka membaca. oleh keana itu beliau adalah orang banyak membaca buku dan menghasilkan blog Jom Baca Buku. Singgahlah ke blog beliau untuk mendapatkan minat terhadap buku.
Assalammualaikum kawan-kawan yang budiman. Saya bukanlah sesiapa. Tetapi saya sangat cintakan buku. Buku sangat berpengaruh dalam kehidupan saya. Seringkali saya terfikir, di dalam kehidupan ini kita selalu pentingkan kereta, rumah, pakaian, keluarga dan sahabat handai. Namun kita kurang pentingkan buku!. Sungguh malang hidup kita. Sesungguhnya kawan-kawan, buku mampu membakar semangat, mempertajam lidah dan mengasah fikiran.'Jom Baca Buku' sentiasa bersama anda untuk mengembara dalam dunia buku. Memasak dan menikmati makanan juga adalah kecintaan saya. Saya suka berada di dapur. Semangat dapur hidup di hati saya. Pada saya dapur adalah jantung dan nadi sesebuah rumah. Dapur saya kecil sahaja, namun ianya dilengkapi dengan peralatan masak yang saya sukai. Saya suka dapur kecil saya dipenuhi dengan beraneka makanan. Saya sentiasa menghidupkan suasana dapur dengan perbualan dan gelak ketawa anak-anak sambil kami menyediakan juadah bersama-sama. 'Dari Dapur Mina' saya bercerita...
Johor Bahru, Johor, Malaysia
sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan