Translate

Selasa, 27 Ogos 2013

Berapakah Keuntungan bila iklan yang Anda iklanka secara ONLINe?

Apakah anda pernah mengeluarkan ratusan ringgit bahkan ribuan ringgit untuk memasang iklan? Dan anda tidak yakin berapa ringgit jualan yang anda peroleh hasil dari iklan tersebut? 

Jangan teruskan kebiasaan buruk memasang iklan tanpa mengambil kira hasilnya ini. Hanya dengan menguji dan mengukur keberkesanan iklan, anda boleh memaksimumkan hasil dari iklan yang anda pasang.


Ujian demi ujian iklan, boleh kita lakukan dengan menguji naskah iklannya, judul iklan, format iklan atau tempat dan media beriklan. Dengan melakukan ujian iklan, kita boleh mengukur angka penjualan atau peningkatan  respon pembaca. Dan kita boleh mendapatkan format atau formula iklan yang paling berkesan. Dengan menggunakan format dan kaedah iklan yang sudah teruji keberhasilannya, akan meningkatkan kejayaan iklan berikutnya.

Bagaimana caranya ya? Dengan mencipta iklan yang membolehkan respon terus dari audience. Atau biasa disebut 'Iklan Respon terus' atau on the spot. Dengan melihat respon dari pembaca iklan, tentu sangat mudah mengira berapa banyak iklan yang terbaca. Atau dari mana saja, datangnya respon iklan kita. Bahkan, kita boleh mencipta beberapa versi iklan untuk menjual produk yang sama. Misal, iklan versi A dipasang di akhbar X. Iklan versi B dipasang di akhbar B dan iklan versi C dipasang di akhbar C. Kemudian, bandingkan tahap respon dari 3 versi iklan yang kita buat. Dari hasil ujian iklan ini, kita boleh mengetahui judul iklan seperti apa yang paling berjaya menarik minat pembaca. Gaya tulisan seperti apa yang paling tepat digunakan.

Kes nyata yang pernah saya lakukan, iaitu program iklan sebuah kedai buku Islam di Solo. Suatu masa, kedai-kedai buku menyelenggarakan program diskaun selama 1 bulan. Untuk mengiklankan program ini, saya mengunakan risalah folio dan sepanduk rentang. Saya memanfaatkan risalah sebagai media 'Iklan Respon langsung'. Pada risalah, ditulis "PERCUMA Souvenir Cantik untuk 10 Pengunjung Pertama, dengan Menukarkan Risalah ini". Nah, saya boleh melihat keberkesanan iklan dari pengunjung yang datang ke kedai buku untuk menukarkan risalah dengan souvenir. Bahkan saya boleh tahu darimana pengunjung ini mendapatkan risalah tersebut, kerana saya menulis kod untuk setiap tempat penyebaran risalah.

Segera ujian dan ujian iklan anda untuk menghasilkan iklan yang paling menguntungkan.

Mudahnya Jual Produk... Kurang 7 Saat!

Isnin, 26 Ogos 2013

LAKSA PENANG


Dah lama saya perhatikan pokok bunga kantan saya yang dah berbunga lagi tu. Dalam hati ni asyik merancang jer nak masak apa pula kali ni menggunakan bunga kantan tu. Asam pedas dah buat dah dulu. So kali ni nak lain sikit ler. Kebetulan saya tak der apa-apa projek dua hari ni selain daripada duduk kat rumah. So offer la kat Mr Hb kalau-kalau dia teringin nak makan apa.


Antara hidangan yang saya offer kat dia yang berbasekan bunga kantan adalah asam pedas (sekali lagi dalam masa terdekat isk), masak lemak dan laksa penang (laksa versi lain dia tak makan). Mulanya dia cakap apa pun ok tapi last-last dia nak makan Laksa Penang ler pulak. Heheh ok jer sebab kebetulan bunga kantan tu ada dua so sesuai sangat ler.


Ikan mata besar


Ikan tongkol


Sia kata orang Sarawak

So kitarang pun pergi ler ke pasar malam unuk beli ikan fresh selain daripada daun kesum dan lain-lain barang yang nak guna dalam laksa tu. Mahal sungguh ikan sekarang. Setakat 1 kg (7 ekor) ikan mata besar/ikan Uji Rashid dan 1 ekor ikan tongkol, tokeh tu caj RM22.00. Isk... Tapi nak sedap punya pasal ok jer la. Nak buat macam mana rega dah macam tu kot...


Pagi-pagi saya buat ler preperation untuk kuah laksa tu. Laksanya dah saya rendam semalaman. So cepat ler sikit kerja nanti. Sambil buat Pulut Lemak bersama Inti Kelapayang saya kongsi semalam, saya siapkan sama laksa ni. Sib baik Mr Hb pun tak der projek apa-apa so boleh ler dia tolong kat dapur. Lega ler sikit.


Nak buat Laksa Penang ni tak susah mana pun tapi lecehnya nak siapkan ikan tu. Sib baik Mr Hb minta tokeh yang jual ikan tu siang dulu ikannya. So balik cuci jer lagi. Pastu nak perisi tulangnya. Isk yang ni rasa malas sangat. Tapi lepas tu senang... Campur semua dalam periuk masak jer. Tapi oleh kerana Mr Hb ada... Lagi mudah. Buat sama-sama. Prosesnya pun jadi tambah cepat. Sukanya... Proses masak pun dia yang buat sebab saya masak laksa yang dah direndam tu dengan masak cucur udang yang nak dimakan bersama laksa tu nanti. Jadi bila kuahnya dah siap. Dah boleh terus makan.Tak der la tunggu lama-lama.



LAKSA PENANG 


Bahan Kuah Laksa

1kg ikan mata besar/ikan sardin/ikan termenung - bersihkan
1 ekor ikan tongkol - bersihkan
500g udang - buang kulit tapi jangan buang. Bersihkan
2 sudu besar Cili Boh Asli 2 Puteri
2 kuntum bunga kantan - belah 2
2 batang serai - diketuk
20 keping asam keping - lebih pun ok kalau rasa kurang masam nanti
Seikat daun kesum - buang batang kerasnya
Garam, gula dan serbuk perasa
Air untuk merebus - agak-agak lebih atas sikit daripada bahan-bahan tadi
2 sudu besar Sos Char Kueyteow 2 Puteri
Caranya 
1. Rebus ikan bersama udang, kulit dan kepala udang dan juga 10 keping asam keping sehingga mendidih. Angkat dan asingkan isi ikan daripada tulangnya. Air rebusan bersama asam keping ketepikan dahulu. Ambil sedikit untuk proses kisar nanti.

2. Kisar isi ikan bersama udang tadi sehingga halus. Tuang dalam air rebusan yang dalam periuk tadi. Kisar juga tulang ikan bersama kulit dan kepala udang. Tapis dan ambil airnya sahaja. Campur dengan air rebusan tadi.

3. Masukkan bahan-bahan lain dan masak sehingga mendidih. Rasa yer bagi secukup rasa... Asam garamnya. Tutup api.



Bahan Laksa

1 bungkus laksa kering - rendam semalaman
Air secukupnya
Sedikit garamCaranya
1. Basuh laksa yang direndam tadi.

2. Panaskan air sehingga mendidih. Masukkan garam diikuti dengan laksa tadi. Masak sehingga ianya kembang dan lembut. Tutup api.

3. Buang air rebusan tadi dan basuh dibawah air mengalir supaya dapat buang kanji yang terlekat pada laksa tadi dan supaya ianya tak melekat nanti. Siap.


Bahan Cucur Udang

10 ekor udang
5 sudu besar tepung gandum
Sedikit serbuk kunyit
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning- jika suka
AirCaranya
1. Campur semua bahan kecuali udang dan buat bancuhan adunan yang tak terlalu pekat dan tak terlalu cair.

2. Panaskan kuali. Guna senduk besi dan panaskan terlebih dahulu. Bila dah panas tuangkan sesudu besar adunan tepung atas senduk tadi. Letakkan seekor udang. Tuang sedikit adunan tepung di atas udang supaya udang tak tanggal masa masak nanti dan goreng.

3. Dalam beberapa saat cungkil keluar aduanan di atas senduk beasi tadi. Biarkan sebentar dan ulang proses yang sama sehingga habis adunan. Cucur tadi, agak-agak dah masak boleh angkat.

4. Nak makan nanti potong kecil-kecil bersegi. 


Bahan Sampingan Lain/Garnishing

Timun - potong nipis memanjang
Daun salad - potong kecil memanjang
Bawang besar - potong bulat nipis sikit
Telur rebus- potong 4
Bunga kantan - hiris halus
Cili padi - hiris kecil-kecil
Limau kasturi - belah 2
Cili merah - potong nipis
So kalau nak makan tu masukkan dulu laksanya. Diikuti dengan kuah, cucur udang, daun salad, timun, cili merah, bawang besar, cili padi, bunga kantan, telur rebus dan limau kasturi. Perghhhh maunya bertambah nanti.... Jemput makan (masak sendiri aaaa hehehh).



Ahad, 25 Ogos 2013

Minat Baca Buku


Siapa minah ini? Nama minah ini ialah MINA, beliau sangat suka membaca. oleh keana itu beliau adalah orang banyak membaca buku dan menghasilkan blog Jom Baca Buku. Singgahlah ke blog beliau untuk mendapatkan minat terhadap buku.
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Assalammualaikum kawan-kawan yang budiman. Saya bukanlah sesiapa. Tetapi saya sangat cintakan buku. Buku sangat berpengaruh dalam kehidupan saya. Seringkali saya terfikir, di dalam kehidupan ini kita selalu pentingkan kereta, rumah, pakaian, keluarga dan sahabat handai. Namun kita kurang pentingkan buku!. Sungguh malang hidup kita. Sesungguhnya kawan-kawan, buku mampu membakar semangat, mempertajam lidah dan mengasah fikiran.'Jom Baca Buku' sentiasa bersama anda untuk mengembara dalam dunia buku. Memasak dan menikmati makanan juga adalah kecintaan saya. Saya suka berada di dapur. Semangat dapur hidup di hati saya. Pada saya dapur adalah jantung dan nadi sesebuah rumah. Dapur saya kecil sahaja, namun ianya dilengkapi dengan peralatan masak yang saya sukai. Saya suka dapur kecil saya dipenuhi dengan beraneka makanan. Saya sentiasa menghidupkan suasana dapur dengan perbualan dan gelak ketawa anak-anak sambil kami menyediakan juadah bersama-sama. 'Dari Dapur Mina' saya bercerita...

sumber

SAMBAL TUMIS SOTONG BERSANTAN

Assalamualaikum WBT buat semua pembaca setia blog ini yang sangat saya kasihi. Apa khabar anda semua?. Sedang buat apa tu?. Mungkin surirumahtangga di luar sana sedang berhempas pulas mengeluarkan keringat memasak di dapur untuk menyediakan menu tengahari ini. Walau apa saja yang sedang anda lakukan, ingatlah bahawa di blog ini tersedia banyak resipi-resipi yang mudah, praktikal dan relevan untuk diikuti.


Dua hari lepas saya ke pasaraya e-MART untuk membeli barangan basah. Banyak sungguh barangan basah yang di tawarkan di sana. Harganya agak murah jika dibandingkan dengan pasar yang berdekatan dengan rumah. Saya pun apa lagi, dengan tamak dan penuh berselera terus memborong ikan, udang, ayam, sotong dan daging. Setelah tiba di rumah, Terus menyiang semua barang-barang itu dan masukkan ke dalam bekas-bekas mengikut hari untuk penggunaannya. Sebenarnya tidak suka membeli lauk pauk basah seperti ini dalam kuantiti yang banyak kerana rasa kemanisan bahan-bahan mentah itu akan berkurangan jika kita terlalu lama menyimpannya di dalam peti sejuk. Namun apakan daya, nafsu membeli telah mengatasi akal yang waras ketika itu. Sabar aje ler..




Baiklah, pagi ini saya ingin berkongsi satu resipi istimewa yang di bawakan secara langsung Dari Dapur saya di Matang. Apa macam?.Terliur tak melihat resipi saya kali ini. Resipi ini saya namakan Sambal Tumis Sotong Bersantan. Teringat saya zaman semasa tinggal di rumah nenek dahulu. Lebihan santan yang ada akan dimasukkan ke dalam sambal tumis yang nenek masak. Rasa sambal tumis buatan nenek memang sedap dan lazat. Ohhh...barulah saya tahu rahsianya. Letak santan rupa-rupanya.

Bahan-Bahan: 
  1. Sotong 1/2kg, 
  2. santan setengah biji, 
  3. minyak untuk menumis, 
  4. garam,
  5. serbuk perasa dan 
  6. sedikit gula.

Bahan Kisar: 
  1. 20 biji lada kering, 
  2. 1 ulas bawang putih dan 
  3. 1 labu bawang besar.

Sotong perlu di bersihkan dahulu dan buang hitamnya. Saya tidak menggunakan air asam atau segala bahan yang masam di dalam masakan sambal tumis kerana saya tidak mahu menghilangkan rasa manis atau asli udang dan sotong ya. Gula yang digunakan hanya satu sudu teh saja. Jangan berlebihan. Untuk mendapatkan sambal tumis yang enak lagi lazat, penggunaan minyak perlu bertepatan. Jangan kurang dan jangan lebih. Ada orang mencampurkan belacan ke dalam setiap sambal tumis yang mereka masak. saya  kurang suka cara ini dan sambal tumis jenis ini cepat menjemukan rasa.

Kaedah Memasak: 

Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan-bahan kisar. Kacau hingga garing. Masukan pula sotong yang telah di bersihkan dan gaul rata. Masukan santan dan gaul lagi. Campakkan gula, garam dan serbuk perasa. Pastikan api pada tahap kepanasan sederhana dan biarkan sambal tumis itu mendidih dan mengeluarkan minyaknya yang lazat seperti gambar di atas. Setelah itu boleh dihidangkan ya. Selamat mencuba, jangan malu dan jangan segan!

Pegedil Daging


Ini pulak begedil yang aku buat semalam. Tetiba rasa cam nak makan begedil buat sendiri terus aku search resepi. Akupun lupa aku jumpe kat mana resepi ni tp kpd tuan punye resepi terima kasih byk. Senang dan sedap. Yang ni aku leh bagi resepi sbb aku tak main campak2..Ikut resepi betul2. 

Pegedil Daging 


  1. 2 biji kentang
  2. segenggam daging kisar (Boleh di ganti dengan ayam kisar jika anda suka) 
  3. daun sup (cincang halus) 
  4. 5 sudu besar bawang goreng 
  5. lada sulah 
  6. garam secekup rasa 
  7. 1 biji telur (dipukul) 

cara-cara 
1. kentang dipotong dan digoreng garing. Kemudian tumbuk kentang bersama daging. 
2. Masukkan daun sup, bawang goreng, lada sulah dan garam dan gaul sebati. 
3. Bentukan bulat. Celup dlm telur sblm digoreng.. 

Hah, mudah kan? Boleh buat lagi nanti. Petang ni aku plan nak buat nasi goreng saje. Dah tak tau aku nak masak apa. Esok nak cuba buat mee kari (kalau jadi). daaa. 

p/s: makin lama badan makin lembik....

Kue tiaw kerang

Salam semua....dah 16 hari bulan syawal baru rasa nak kongsi ape menu. Puasa Ramadham dh lama habis tapi puasaenam dan ganti belum habis lagi  Seblm ni bukan tak berbuka tapi masak biasa2 jek. Semalam aku buat kue tiaw kerang dengan begedil ni. First time buat begedil..tak sangka jadi...teruja I tau. Selain kue tiaw ni aku masak gak nasi dgn lauk sbb suami aku tu spesis makan nasi. Tak makan nasi sehari mau demam seminggu...hahaha. Aku pulak jenis suke makan benda lain selain nasi masa buka tp dek kerana aku dah kawen dgn dia terpaksalah akupun layan nasi gak..nak masak banyak2 mane sempat. Eh, banyak lak aku membebel. 

Inilah rupa kue tiaw kerang yang aku masak semalam. Korang nak resepi ke? Tak yahlah sb aku main campak2 je ni. Ikut sedap tangan aku je. Takde measurement langsung. Bak kata hubby aku, "ko kalau masak abang tengok main campak2 je tapi sedap je jadinye..". Itu huby aku cakap ye. Hahaha riak sekejap..(;p). Tapikan ade tragedi tak best pada kue tiaw ni. Nak citer ke? Malas lah. 

.

Beehoon Kerang Kari

Have you tried cooking 'Beehoon Kerang Kari'?

This is a recipe one of my aunties taught me a few years back. A couple of days ago Zu mentioned that we had not cooked one for a long time. So I cooked, and it was a hit with the girls and hubby :)

My Beehoon Kerang Kari




Preparation was easy, the only thing was these tinned cockles were quite expensive. 1 small tin of Curry Cockles (Kerang Kari) cost me RM3.20, 3 tins would be RM9.60. Luckily, there were 2 packets of Beehoon, a couple of strings of long beans and Adabi Curry Powder available in the house. I need not buy them :)

Any type of  Kerang Kari


Prepare the Beehoon first, by boiling for 2 minutes in a pot of boiling water, then pour the beehoon onto a sieve with running tap water over it.

Off tap and put aside to drip dry.


Saute grounded -

1. 2 shallots, 3 garlics, 1/2 inch ginger, 1 lemon grass and 1/2 inch 'Lengkuas' (galangal)
2. 1/2 tablespoon belacan (shrimp paste)



3. Add in 5 tablespoons of Adabi Curry Powder (mixed and diluted with a cup of water)


4. Add another cup of water

5. When boiled, add in the 3 tins of Kerang Kari

6. Add 1 Litre of water or more depending on how much soup you want.

7. Let boil and add some long beans ( cut into 2 inches in length).

Cut Long Beans



8. Add salt and ajinomoto to taste.

To prepare a bowl of 'Beehoon Kerang Kari' scoop out some of the cooked beehoon, pour some of the prepared soup over it.

For more flavour, add a cut boiled egg and some hot 'Sambal Belacan' if you like.

SUP KETAM


 ISTIMEWA UNTUK PESAKIT DEMAM DENGGI

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog yang di sayangi. 


 di sini ingin berkongsi satu resipi yang sangat sesuai untuk menjamu para pesakit Demam Denggi. Dengarnya, resipi Sup Ketam ini boleh membongkar panas dan menjadikan darah pesakit Demam Denggi kembali normal seperti biasa. Apa lagi yang di tunggu, jom memasak...




Bahan-bahan lazim untuk memasak Sup Ketam ialah ketam (kalau dapat Ketam Nipah lagi baik), bahan kisar---> halia, bawang putih, bawang merah & lada putih, daun sup, daun bawang, bawang goreng, minyak untuk menumis dan air.




Ketam perlu dibersihkan seperti gambar di atas. Nampak tak??...



Oleh kerana bahan kisarnya sedikit, oleh itu, malas nak kisar menggunakan pengisar. tumbuk saja. Memekak pula kedengaran bunyi bising batu tumbuk berlaga dengan alu lesung.



Kemudian, panaskan periuk. Tuangkan minyak sedikit. Apabila minyak sudah panas, sila masukkan bahan kisar tadi.



Tumis hingga garing seperti gambar di atas ya. Gaul rata-rata.



Kemudian masukkan air putih sedikit. Kuah jangan sampai berladung-ladung. Ingat tu!!




Masukan pula ketam yang sudah dibersihkan.



Kemudian tuangkan air putih lagi hingga ke paras melepasi ketam-ketam itu. Kuah sup perlu dilebihkan sedikit kerana kuahnya akan cepat surut kerana kita akan menghirupnya semasa makan nanti. Tetapi jangan masukkan air secara berlebihan kerana bimbang hilang rasa kemanisan isi ketam .



Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa dan apabila kuah sudah mendidih dan kulit ketam sudah bertukar warna menjadi kemerahan, itu tandanya yang ketam itu sudah masak menyeluruh. Orang London kata 'Well Done'. Oleh itu, bolehlah padamkan api dapur ya.



Semasa hendak dihidangkan itu, sila hiriskan daun bawang dan daun sup kasar-kasar dan tabur ke dalam mangkuk Sup Ketam itu dan taburkan juga bawang goreng . Beginilah hasilnya masakan Sup Ketam istimewa untuk para pesakit Demam Denggi. Untuk pengetahuan pembaca semua, rasa Sup Ketam ini tidak hanyir tetapi manis isi ketam itu benar-benar membuatkan kita hendak terus menghirup kuahnya hingga menjilat mangkuk.

Apa tunggu lagi, jomlah cuba. Janganlah asyik memasak ketam dengan menu yang sama. Asyik-asyik Masak Lemak, Masak Kari, Masak Sambal dan Masak Black Pepper. Sesekali cuba pula resipi Sup Ketam ini ya pembaca.

Akhir kalam, pastikan ketam itu dicuci bersih dan lada putih wajib ditumbuk dan dimasukkan ke dalam Sup Ketam ini. Wassalam.

kredit: Mina

RENDANG KERANG

Assalamualaikum wbt kepada para pembaca budiman blog Dari Dapur Mina yang masih setia mengikuti perkembangan blog ini walaupun hakikatnya blog ini tidak Mina kembangkan dengan menambah entri resipi-resipi baru. Jangan merajuk dulu wahai pembaca sekalian. Semasa blog ini tidak mengembang, yang semakin mengembang nampaknya adalah badan Mina. Mina telah diserang 3G. 3G stand for gemuk, gendut & gebu.


Walaubagaimanapun pembaca sekalian, walauapapun yang sedang anda lakukan, jangan biarkan obesiti menghantui kehidupan dan mengganggu aktiviti seharian anda. Susun masa dengan efisen dan pastikan aktiviti senaman dimasukkan 30 minit sehari di dalam jadual harian anda. Anda tidak perlu susah-susah berjoging di luar rumah untuk bersenam. Di hadapan laptop dengan memasang DVD aerobik pun anda boleh bersenam hingga mengeluarkan peluh mencurah-curah tanpa dapat dibendung. Lagipun, keadaan di luar sekarang ini amatlah tidak selamat untuk kaum wanita melakukan aktiviti joging.


Mina ini memanglah, kalau sudah mula menulis tu, banyak sangat yang ingin Mina sampaikan. Sebenarnya tujuan Mina kembali ke alam maya ini adalah untuk berkongsi dengan pembaca sekalian satu resipi yang tersangatlah istimewanya. Pasti meletop. Resipi itu Mina namakan Rendang Kerang. Amacam?. Gerun tak?. Jom kita saksikan visual yang telah Mina sediakan.




Bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak Rendang Kerang ialah kerang, santan, daun kunyit, kerisik, rempah rendang, minyak, garam, serbuk perasa, gula & bahan-bahan kisar : kunyit hidup, halia, lengkuas, bawang putih, bawang merah, cili kering, serai, cili api ( jika ingin lebih pedas ).



First of all, bersihkan kerang dan rebus kerang itu dengan menggunakan sedikit air. Gunakan api yang kuat. Nampak tak kulit kerang di dalam periuk itu sudah ternganga?. Itu menandakan yang kerang itu telah pun masak dengan sejahteranya.



Perhatikan gambarajah di atas baik-baik. Kerang yang telah direbus itu kemudiannya perlu dikopek kulit. Bahan-bahan kisar tadi perlu dikisar dengan sedikit air dan campurkan dengan 2 sudu rempah rendang. Daun kunyit tolong dihiris ikut suka hati ya. Ok, step seterusnya, jom kita menumis.



Panaskan minyak ke dalam kuali. Masak rendang lebih mudah jika kita menggunakan kuali sebab masakan ini perlu dikacau selalu. Ada faham?



Apabila minyak sudah panas, sila masukkan rempah rendang dan bahan kisar yang telah digaul rata sebentar tadi. Gunakan tahap api yang sederhana dan biarkan bahan tumisan itu garing secara naturally. Jika pembaca perasan, Mina hanya menggunakan sedikit sahaja minyak untuk menumis kerana masakan ini memang rich dengan lemak, so Mina cuba untuk mengurangkan tahap kalestrolnya. Lagipun sebagaimana yang pembaca tahu, Mina suka menggunakan minyak jagung didalam masakan.



Setelah bahan tumisan itu garing, reti-retikanlah diri untuk memasukkan kerisik. Kuantiti kerisik ikut suka kamu lah Cik Ton. Kalau agak-agak nak meninggal cepat, sila masukkan banyak-banyak. Tetapi jangan pula salahkan Mina jika sesuatu yang tidak diingini berlaku dengan kesihatan anda. Baiklah, sila kacau kerisik itu hingga sekata.




Kemudian, masukkan santan. Mina hanya menggunakan seringgit saja. Maklumlah Mina nak lari dari situasi 3G. Kacau lagi.





Bila dah kacau beginilah rupanya. Mesti pembaca mengumpat Mina di dalam hati. 'Kenapa nampak tak ada minyak pun?'. Hahaha..inilah tip dan rahsia yang pakar masakan dunia tidak memberitahu anda. Hari ini biarlah Mina yang memecahkan rahsianya. Tipnya ialah, masak kuah rendang ini dengan menggunakan api yang kecil dan pastikan anda selalu mengocak kuah rendang ini. Kacau sekali-sekali untuk memastikan tiada terjadi kerak dibawah hinggalah kuah ini garing dan terbit minyak. Jom kita lihat gambar seterusnya.





Taraaa...nampak tu. Kuah rendang Mina sudahpun naik minyak dan garing dengan selengkapnya. Time ini bolehlah pembaca memasukkan garam, sedikit gula & serbuk perasa (jika suka). Rendang wajib ada rasa manis sedikit ya. Pastikan hanya manis sedikit. Jika tidak, rasa rendang anda akan hambar sehambarnya.



Part ini yang paling Mina suka. Masukkan kerang yang sudah direbus tadi dengan lemah gemalainya dan taburkan hirisan daun kunyit. Akhir sekali, kacau hingga sekata.



Beginilah hasilnya rupa Rendang Kerang setelah dikacau dengan elok dan sopan santunnya. Jangan lupa rasa tahap kemasinan, kemanisan dan kelemakannya mengikut citarasa anda ya.




Rendang Kerang ini sesuai dimakan bersama Nasi Putih, Nasi Lemak, Roti dan Biskut. Kalau anda hendak kirim buat bekalan saudara mara anda yang ingin menunaikan haji, pastikan anda keringkan lagi kuah rendang tadi. InsyaAllah, Rendang Kerang ini tidak akan basi. Dengan syarat tahap kebersihannya semasa penyediaan masakan ini dijaga dengan rapi. Pastikan santan juga merupakan santan yang baru. Kalau hendak mudah, anda boleh gunakan santan kotak yang telah disterilkan. Pasti Rendang Kerang anda tidak basi dan enak dimakan dengan apa saja. Ala-ala Serunding Kerang gitu.






Ini pula adalah gambar close up. Mina sertakan gambar ini adalah dengan niat untuk membangkitkan selera anda dan semoga anda tidak malas ke dapur untuk mencuba resipi Rendang Kerang yang baru sahaja Mina persembahkan kepada anda. Baiklah pembaca sekalian, tangan Mina sudah lenguh menaip. Mina ingin tidur barang seminit dua untuk merehatkan diri. Wassalam.